Oh! Tidak
Wanita ini dedah suami curang dengan isteri orang. Kantoi mesej manja, duduk serumah tanpa rasa bersalah!
Di saat orang lain sedang gembira sambut hari raya Aidil Adha, seorang wanita patah hati apabila mendapat tahu ‘kebenaran’ di sebalik hubungan jarak jauh (PJJ) dengan suaminya selama dua tahun.
Perkongsian pengguna X bernama @wendy387698 mendedahkan suaminya kantoi curang apabila menemui telefon lama yang masih aktif digunakan.
Dalam mesej tersebut, akhirnya terbongkar identiti ‘housemate’ suami di Perak selama ini rupa-rupanya bukan lelaki tetapi seorang wanita.
Dah la curang, perempuan tu isteri orang pula!

Wanita itu dalam ciapannya berkata, dia reda kalau suaminya benar-benar mahukan perempuan lain dan sanggup lepaskan.
Tapi apa yang lebih mengejutkan, perempuan tersebut rupa-rupanya isteri orang dan turut PJJ (tinggal berjauhan) dengan suami sendiri.
Aku ikhlas, aku reda kalau dia betul nak perempuan tu, aku sanggup lepaskan dia. But not until aku dapat tahu perempuan tu isteri orang yang PJJ juga dengan suami dia.
Hasil stalk, dia mendapati skandal suaminya itu bukan calang-calang orang. Wanita itu cantik, ada kerjaya yang bagus dan suami bekerja di offshore.
Malah dia sendiri akui, suami perempuan itu jauh lebih segak daripada suaminya.
Dalam satu ciapan lain, dia turut mendedahkan bagaimana suaminya pernah ‘melaram’ menaiki kereta Honda FL5.
Bila ditanya, suami menjawab ‘pinjam’ kereta kawan dan langsung tidak pernah mengajaknya berkunjung ke tempat tinggalnya di Perak.
Sweet chat tinggal serumah macam laki bini






Lebih memilukan apabila dia turut berkongsi tangkap layar mesej mesra antara suaminya dengan wanita tersebut.
Dari gaya perbualan, dapat dilihat hubungan mereka yang sangat manja siap masak, buang sampah dan panggilan ‘bb’ seolah-olah pasangan sah suami isteri.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.