Baru-baru ini, satu video tular di TikTok memaparkan seorang suami yang ditahan atas kesalahan membunuh isteri sendiri muncul di mahkamah sambil tersenyum lebar!
Difahamkan, suspek dikenali sebagai Muhammad Khairul Azmi Ithnin, 32, ditahan selepas mengelar leher isterinya hanya kerana mengungkit kisah lama.
Senyum gembira lepas didakwa bunuh isteri?
Apa yang lebih mengejutkan, ketika keluar dari Mahkamah Majistret, suspek langsung tidak kelihatan menyesal atau sedih, sebaliknya tersenyum seperti tiada apa yang berlaku.
Hal yang menarik perhatian ramai apabila tertuduh sama sekali tidak menyorok rasa gembira ketika keluar daripada mahkamah, malah tidak menunjukkan rasa bersalah biarpun sudah membunuh isteri sendiri.
Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lim Kim Kiat, suspek hanya mengangguk tetapi tidak membuat sebarang pengakuan kerana kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bukan sekadar membunuh, turut bakar 9 kenderaan?
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib memaklumkan suspek juga dijangka didakwa atas satu lagi kes membabitkan khianat.
Tertuduh dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Muar pada Selasa mengikut Seksyen 435 kerana melakukan khianat dengan membakar sembilan buah kenderaan di pekarangan rumah mertuanya di Kampung Pengkalan Kampung Durian Chondong, 3 Jun lalu.
Pssttt! Kita boleh terima kalau orang buat silap, tapi bila seseorang yang bunuh isteri sendiri boleh tersenyum seolah-olah tiada apa berlaku, ia sangat menyakitkan hati. Di mana perasaan dan hati nurani? Semoga mangsa mendapat keadilan, dan pesalah menerima hukuman yang setimpal.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




