Hasrat seorang lelaki untuk menambah isteri ketiga akhirnya membawa kepada tragedi apabila dia maut selepas diserang oleh isteri keduanya dalam kejadian di Tigaraksa, Kabupaten Tangerang, Indonesia.
Kejadian yang berlaku pada petang Khamis itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran rumah tangga yang tercetus selepas mangsa menyatakan keinginannya untuk berkahwin lagi.
Suami luah hasrat nak kahwin lagi

Menurut Ketua Bidang Perhubungan Awam Polis Banten, Maruli Hutapea, sebelum kejadian mangsa sempat mandi dan meminta ibu mentuanya menyediakan pakaian untuk dipakai.
Bagaimanapun, permintaan itu tidak dilayan kerana ibu mentua dan isterinya ketika itu sedang menunaikan solat.
Tidak lama selepas itu, mangsa dan suspek dilaporkan bertengkar di dalam bilik mengenai hasrat mangsa untuk berkahwin lagi.
Suspek bertindak dalam keadaan panik
Keadaan menjadi semakin tegang apabila mangsa dilaporkan menjerit dan memukul cermin almari sehingga pecah.
Dalam situasi yang semakin tidak terkawal, suspek kemudian mengambil sebilah golok yang disimpan di dalam almari sebelum menyerang mangsa beberapa kali.

Mangsa mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian tubuh termasuk kepala, tangan yang cuba menahan serangan serta kaki.
Mangsa akhirnya rebah akibat kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 10 malam waktu tempatan.
Selepas kejadian, suspek bertindak menyerah diri di ibu pejabat polis Polresta Tangerang kira-kira jam 11 pagi keesokan harinya dan mengaku melakukan perbuatan tersebut.
Pihak polis kemudian menjalankan siasatan di lokasi kejadian serta merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kes itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balaraja bagi tujuan bedah siasat.
Pssttt! Isu poligami sering menjadi topik sensitif dalam rumah tangga. Namun apa pun konflik yang berlaku, keganasan bukanlah jalan penyelesaian. Perbincangan secara matang dan saling menghormati amat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




