Suami Miera Liyana Muflis, Rayu Ikan Jamin Lebih Rendah

Suami Miera Liyana Muflis, Rayu Ikan Jamin Lebih Rendah

Oh! Artis

Suami Miera Liyana didakwa beri pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia, peguam dedah dia kini muflis sejak 2023.


Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman kini berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen selepas didakwa menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia.

Dalam prosiding pada Khamis, lelaki berusia 53 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkaitan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Peguam S. Shastidaran yang mewakili Rosland memohon mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin lebih rendah dengan mengambil kira keadaan kewangan anak guamnya.

Menurutnya, Rosland telah diisytiharkan muflis pada tahun 2023 selain menghidap beberapa penyakit termasuk kencing manis, glaukoma serta masalah saraf.

Dengan keadaan kesihatan serta tanggungan keluarga yang besar, saya memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan anak guam diikat jamin pada jumlah yang lebih rendah dan munasabah.- Katanya.

Rosland juga menanggung tujuh orang anak hasil dua perkahwinan selain menjaga dua warga emas iaitu ibu kandung serta ibu mentuanya.

Didakwa beri pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia

Mengikut pertuduhan, Rosland yang ketika kejadian merupakan pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad didakwa menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berkaitan hal ehwal syarikat tersebut.

Pernyataan palsu itu didakwa terkandung dalam dokumen Interim Financial Report on Consolidated Results for the Quarter Ended 30 September 2021.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Bursa Malaysia, Exchange Square, Bukit Kewangan pada 30 September 2021.

Pendakwaan cadang jaminan RM1 juta

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti, Hashley Tajudin memaklumkan kesalahan itu termasuk dalam kategori yang tidak boleh dijamin. Namun jika mahkamah menggunakan budi bicara, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Selepas mendengar hujah kedua dua pihak, mahkamah membenarkan Rosland diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga perlu mematuhi syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti setiap bulan sehingga kes selesai. Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 7 Mei ini.

Pssttt! Ohmedia harap kes seperti ini jadi peringatan kepada semua supaya sentiasa telus dalam urusan perniagaan dan laporan kewangan. Kadang kadang satu kesilapan kecil boleh beri kesan besar pada masa depan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top