Suami Orang Kantoi Bermadu Kasih Dengan Janda Separuh Abad Di Hotel

Suami Orang Kantoi Bermadu Kasih Dengan Janda Separuh Abad Di Hotel

Oh! Tidak

Suami orang dan janda separuh abad dicekup JAINJ di hotel mewah Johor.


Siapa sangka niat seorang suami orang untuk ‘bermalam’ bersama seorang janda separuh abad berakhir dengan serbuan mengejut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

BACA: Lelaki Kantoi Sorok Bawah Katil Rumah Janda, ‘Cuak’ Ditangkap Khalwat

Lapor Berita Harian, lelaki berusia 30-an yang juga bapa kepada dua anak itu mendaftar masuk ke hotel bertaraf empat bintang di bandar Muar.

Mungkin dengan keyakinan tempat itu cukup ‘selamat’ daripada gangguan pihak berkuasa, namun, malangnya pintu bilik diketuk sekitar jam 1 pagi.

Penemuan mengejutkan dalam bilik

Janda

Pegawai penguat kuasa menemui lelaki berkenaan berdua-duaan bersama wanita berusia 50-an yang memiliki tiga anak. Kedua-duanya berasal dari daerah sama.

Kedua-dua pasangan itu berasal dari daerah sama dan janda itu mempunyai tiga anak. Pemeriksaan dalam bilik hotel terbabit menemui sekotak tisu lembap yang mana sebahagian daripadanya sudah digunakan.

Kedua-dua mereka ditahan dan kini berdepan siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Janda
Screenshot

Pssttt! Kalau dah melanggar hukum, sebesar mana pun usaha bersembunyi, tetap akan terbongkar. Fikirkan maruah diri dan keluarga sebelum bertindak.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top