Trending
Suami Elcah, Afi Hamri tak gentar diugut saman! Dedah punca keretakan rumah tangga FA , siap ada bukti CCTV.
Suami kepada pempengaruh terkenal, Elcah iaitu Afi Hamri kembali mencuri perhatian selepas mendedahkan bahawa dia telah diugut saman oleh seorang wanita dikenali sebagai Syira Atiqah.
Menerusi Threads, Afi berkata yang dia langsung tidak gentar dengan ancaman tersebut dan tampil berani menjelaskan bahawa dia mempunyai bukti kukuh termasuk rakaman CCTV yang mampu menyokong setiap dakwaan yang dibuat sebelum ini.
Kau nak lawan aku? Jangan sampai aku keluar footage CCTV yang kau mengaku. Kau punca FA bercerai dengan bangga mengaku.
Kau ingat orang bangga ke dengan kau? Nak saksi, nak bukti? Jangan lupa dalam rumah aku penuh CCTV.
Syira dan Syada didakwa jadi batu api?

Sebelum ini, Afi mendakwa bahawa Syira Atiqah dan penyanyi Syada Amzah telah menjadi batu api dalam keretakan rumah tangganya bersama Elcah.
Lebih panas, Afi turut mendakwa bahawa Syira pernah mengaku menjadi punca perpisahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura pada tahun lalu!
Syira nafi semua tuduhan

Susulan pendedahan itu, Syira tampil membalas menerusi beberapa kenyataan di Threads dan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Afi terhadap dirinya.
Namun, Afi tetap dengan pendiriannya dan mengatakan bahawa semua kenyataan yang dikeluarkan adalah berlandaskan fakta serta bukti yang sahih.
Pssttt! Setiap hubungan ada ujiannya, tapi jangan biar pihak ketiga jadi pemusnah rumahtangga. Kalau ada masalah, selesaikan dengan matang dan bijak, bukan dengan fitnah dan drama.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



