Suami Puji Atikah Suhaime Sanggup Tolak Tawaran Jenama Mewah Bernilai RM1.2 Juta

Suami Puji Atikah Suhaime Sanggup Tolak Tawaran Jenama Mewah Bernilai RM1.2 Juta

Suami kepada pelakon popular, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh memuji tindakan isterinya yang sanggup menolak tawaran lumayan menjadi duta salah satu jenama besar bernilai RM1.2 juta.

Menerusi hantaran di Thread, Lokman meluahkan rasa kagum dengan pendirian tegas isterinya itu.

“Saya bangga sangat dengan awak. Bila saya tengok kontrak itu di atas meja nilainya RM1.2 juta untuk lantik dia sebagai duta.

“Saya sampai diam lima hari baru saya tanya ‘baby saya suami awak tau. Awak kena tanya atau bagitahu kalau ada apa-apa’,” kongsinya.

Bagaimanapun, Atikah menjelaskan, dia tidak menyesal menolak tawaran tersebut kerana jenama besar itu adalah jenama yang seharusnya diboikot.

Bahkan, dia tidak kisah jika harus melakukan sesi siaran langsung di TikTok untuk syarikat milik suaminya dan juga mana-mana jenama yang disukainya.

“Saya beritahu pihak mereka terima kasih dan memberikan tawaran tersebut.

“Saya akan beekrja untuk dapatkan pendapatan yang halal. Buka kerana jenama besar sanggup bayar saya berjuta-juta. Sebab mereka kena boikot. Tidak.

“Saya tak kisah jika harus melakukan live di TikTok untuk company atau brand yang saya suka,” tegasnya.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Lokman pada Januari 2024.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh.

 

Scroll to Top