Pelakon Datin Maria Farida berkata dia tidak ambil kisah dengan kritikan dan kecaman netizen yang kurang senang dengan penampilannya yang dikatakan seksi.
Memetik Harian Metro, Maria berkata dia berpakaian untuk kepuasan diri sendiri dan mendapat keizinan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur.
BACA: “Mereka Ajak Saya Dating, Kahwin” – Maria Farida Dikejar ‘Pucuk Muda’
“Memang macam-macam netizen hentam. Tapi bagi saya, apa yang buat saya gembira, saya akan buat sebab saya berpakaian untuk diri sendiri bukan untuk orang.
“Suami pun okey. Asalkan dia okey, saya pun okey. Saya tak pakai untuk memuaskan hati orang lain. Jadi lagi orang hentam, lagi orang kutuk, lagi saya buat,” katanya.
Sementara itu, Maria berpendapat penampilannya tidak seksi namun baginya setiap orang ada pandangan mereka masing-masing.
“Saya rasa saya tak seksi pun, macam biasa saja. Tapi semua orang ada pendapat masing-masing. Janji saya gembira, tak kacau dan tak aniaya orang,” katanya.
Dalam pada itu, Maria menafikan melakukan suntikan wajah untuk kekal tegang kerana baginya ianya menyakitkan dan mahu menua secara semula jadi.
“Saya hanya buat ‘facial’ tapi itu pun yang biasa, bukan suntik sana sini sebab itu (suntikan) semua sakit. Terlalu sakit, saya tak boleh terima. Lagipun bila buat, jadi tak cantik dan pelik, malah buat kita nampak lagi tua.
“Bagi saya, ‘aging gracefully’ (menua secara natural) lebih baik daripada cucuk muka sampai jadi lain. Lebih baik kita hargai apa Allah dah bagi. Lagipun sekarang penapis foto (filter) dan mekap ada, semua boleh guna.
“Saya bertuah sebab keluarga saya memang semua awet muda. Emak, arwah nenek dan sebelah bapa saya iaitu Filipina pun semua awet muda,” katanya.
Sumber: Harian Metro




