Dalam kesibukan sambutan Hari Raya, seorang wanita dikenali sebagai Dede Ruyanti dan bayi berusia empat bulan berdepan detik paling memilukan apabila ditinggalkan suaminya di sebuah masjid dalam perjalanan pulang ke kampung.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang tular di media sosial ini berlaku di Masjid Kaum Ciawi, Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia.
Isteri dan anak sengaja ditinggalkan di masjid

Apa yang lebih menyayat hati, tindakan tersebut dilakukan secara sengaja oleh si suami, Ade Candra Gunawan tanpa sebarang penjelasan.
Pada awalnya, Dede menyangka mungkin suaminya ‘terlupa’ mereka di masjid, tapi sangkaannya meleset apabila siasatan mendapati Ade memang sengaja tinggalkan mereka berdua.
Takut kantoi poligami secara rahsia

Difahamkan, Dede dan anaknya kemudian dihantar pulang ke rumah keluarga suaminya. Namun begitu, Ade dikatakan enggan menerima mereka pada mulanya.
Menurut maklumat daripada pihak berkuasa, Ade sebenarnya telah berkahwin secara rahsia dengan Dede sebagai isteri kedua.
Manakala isteri pertamanya bersama empat orang anak menetap di Pangalengan, Kabupaten Bandung.
Kini, wanita ini sudah diusir keluar dari rumah dan suaminya tidak berani menghantar pulang isteri ke rumah kedua ibu bapanya.
Malah, ibu mentua wanita ini rupa-rupanya enggan menerima kehadiran isteri kedua menyebabkan si suami meninggalkan isteri begitu je.
#ApaKataOhmedia
Walaupun kejadian ini berlaku di seberang, kita hendaklah mengambil pengajaran supaya tidak memperlakukan wanita dengan kejam. Kalau dah tak serasi, jelaskan dengan baik bukannya tinggal di tepi jalan macam tu!
Kredit: Sinar Harian
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.




