Nampaknya usahawan kontroversi yang sudah lama menyepi, Datuk Seri Aliff Syukri telah kembali menghangat hari raya tahun ini apabila mengeluarkan single lagu raya yang bertajuk Lala Raya.
Seperti biasa, vokal nyanyiannya pasti menjadi sorotan netizen dan beliau sama sekali tidak ambil peduli asalkan lagunya mendapat perhatian. Setakat ini sudah lebih 800 ribu tontonan di saluran YouTubenya dalam masa 4 hari sahaja.
Lebih menghangatkan kembali namanya adalah ciapan daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @luqmxn07 yang memuji tindakan Aliff Syukri yang masih lgi patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) walaupun kerap dikecam netizen.
Dia juga bersetuju jika ada pihak yang memanggil usahawan tersebut sebagai penyanyi nombor satu negara ketika ini.
Perasan dengan pujian yang diterima, Aliff Syukri telah memuat naik kembali ciapan tersebut dan berasa begitu terharu penulisan tersebut.
Beliau mengakui vokalnya masih lagi tidak berapa ‘bersih’ dan sedang belajar untuk memantapkan lagi suaranya supaya dapat memasuki Anugerah Juara Lagu pada masa akan datang.
Namun, disebalik kegembiraannya menerima pujian tersebut, isteri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida telah menyuarakan ‘kegusarannya’ dengan pujian yang diterima suaminya itu.
Beliau bimbang Aliff akan menyanyi 24 jam di rumah dan pastinya membuatkan mereka sekeluarga jenuh mendengar suara emas usahawan tersebut.
Sehubungan dengan itu, Aliff Syukri turut menerima beberapa lagi pujian terhadap lagu raya yang dikeluarkan pada tahun ini.
Walaupun suaranya agak ‘kelaut’, namun tidak dinafikan lagu Lala Raya sedap didengar dan kena dengan situasi semasa.
Sumber: Aliff Syukri