'Suasana' sukan gimnastik tetap sama tanpa kehadiran Rusia

'Suasana' sukan gimnastik tetap sama tanpa kehadiran Rusia

Reuters

Paris: Ketiadaan pasukan Rusia dalam acara gimnastik Olimpik lelaki pada edisi kali ini meninggalkan kekosongan yang ingin diisi oleh banyak negara namun kebanyakan pihak memberi pandangan bahawa saingan itu tidak banyak berubah tanpa kehadiran juara bertahan.

Pasukan Russia dan Belarus dilarang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik kerana pencerobohan Moscow ke atas Ukraine. Hanya individu tertentu dibenarkan menyertai Olimpik Paris selepas menjalani proses saringan khusus menyingkirkan atlet secara terbuka menyokong perang atau tentera. Tiada ahli gimnastik Rusia yang bertanding di Paris.

Pada edisi di Tokyo, pasukan lelaki Rusia meraih pingat emas, mengatasi Jepun dengan kelebihan tipis 0.103 mata, manakala atlet gimnastik negara itu juga memenangi pingat dalam beberapa acara individu.

“Kami merasakan ketiadaan mereka kerana Rusia adalah pasukan yang sangat kuat.

“Ini memberi peluang lebih banyak kepada negara lain,” kata ahli gimnastik Illia Kovtun, yang membantu Ukraine layak ke final pasukan lelaki, kepada Reuters.

Gimnas Jepun Kazuma Kaya, yang juga sebahagian daripada pasukan pemenang pingat perak di Tokyo, berkata dia tidak terjejas berikutan ketiadaan Rusia yang meraih emas di hadapan pasukannya pada Sukan Olimpik yang lalu.

“Itu tidak bermakna apa-apa kepada kami. Tidak kira siapa yang ada atau tidak ada, kami berada di sini untuk melakukan perkara yang sama,” kata Kaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top