Subahat tipu pemohon PPR: Kakitangan majlis daerah dipenjara

Subahat tipu pemohon PPR: Kakitangan majlis daerah dipenjara

am@hmetro.com.my

Semporna: Kakitangan Majlis Daerah Semporna dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dan denda RM2000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan bersubahat menipu pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tagasan, dua tahun lalu.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Norsidah Abdul Terasan, 49, selepas didapati bersalah dan mensabitkannya dengan pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu dengan curangnya didakwa bersubahat bersama seorang lagi wanita dengan menerima imbuhan RM4,300 hasil penipuan yang dibuat wanita terbabit keatas salah seorang pemohon PPR.

Tertuduh juga, yang mana dalam pengetahuannya bahawa permohonan mendaftar serta kelulusan menduduki rumah kediaman PPR itu sebenarnya belum dibuka selain pembayaran kelulusan permohonan hanya boleh dibuat di kaunter Hasil sahaja.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan Pejabat Pos Daerah Semporna, antara 15 Ogos hingga 29 Disember 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun yang sama iaitu penjara selama tempoh maksimum lima tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama tempoh dua bulan jika gagal membayar denda dan menetapkan hukuman berkuatkuasa dari tarikh sabitan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top