“Such An Angelic Voice” – Nyanyi Lagu ‘Like My Father’, Syed Saddiq Puji Nyanyian Bella Astillah

“Such An Angelic Voice” – Nyanyi Lagu ‘Like My Father’, Syed Saddiq Puji Nyanyian Bella Astillah

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah sekali lagi menyorot perhatian ramai selepas memuat naik lagu ‘cover version’ berjudul, ‘Like My Father’ menerusi Instagram miliknya.

Video pendek berdurasi lebih satu minit itu menunjukkan Bella yang sedang duduk di tepi kolam dipercayai di kediaman miliknya.

“Some songs just speak for you. Here’s my version.

“Covered ‘Like My Father’ such a beautiful song! Hope you guys enjoy it,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Difahamkan, rakaman video tersebut turut mendapat bantuan penyanyi, Daniesh Suffian.

“Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Daniesh untuk permintaan diminit terkahir ini terutamanya untuk melakukan cover ini.

“Walaupun sangat cepat tapi kita berjaya lakukannya. Terima kasih Daniesh,” kongsinya.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, pada hantaran tersebut.

Beliau memuji suara Bella dengan menyifatkannya sebagai angelic voice” atau suara yang merdu bak suara malaikat, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.

Scroll to Top