Sudah 24 tahun meninggal dunia, kain kapan arwah abang langsung tak reput

Sudah 24 tahun meninggal dunia, kain kapan arwah abang langsung tak reput

Pemergian orang tersayang sememangnya khabar duka buat seluruh ahli keluarga. Pastinya suasana pilu akan menyelubungi lebih-lebih lagi sewaktu jenazah ingin dikebumikan.

Hal ini turut dirasai sendiri seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Zuneeka Rashid apabila berkongsi momen sewaktu proses pengebumian bapanya yang meninggal dunia pada pertengahan tahun lalu iaitu 1.7.2020.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah video perkongsiannya yang memaklumkan jenazah bapa telah dikebumikan satu liang dengan Allahyarham abangnya yang meninggal dunia pada tahun 1996.

Namun, ketika digali, kejadian mengejutkan telah berlaku kerana kain kapan Allahyarham abangnya masih utuh dan langsung tidak reput.

@kakzue_kaklat

Alfatihah arwah abah dan abang#fypmalaysia🇲🇾flytiktokviral

♬ original sound – HxZzY – M e o w ✨

Kain tersebut juga kelihatan elok dan tulang-tulang jenazah masih lengkap dan tiada yang telah hilang pun. Perkara berkenaan sememangnya satu keajaiban kerana hanya insan terpilih yang diberi keistimewaan seperti itu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan mengucapkan Allahuakbar kerana takjub dengan kebesaran Allah S.W.T.

Mereka juga turut mendoakan agar allahyarham abang serta bapa pengguna TikTok itu terus dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

 

Sumber: TikTok @kakzue_kaklat

Scroll to Top