Sudah banyak masa terluang, Nik Nazmi ajak Rafizi joging kecilkan perut

Sudah banyak masa terluang, Nik Nazmi ajak Rafizi joging kecilkan perut

Disebabkan sudah banyak masa terluang, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad kembali aktif bersenam apabila memuat naik gambar berpakaian sukan.

Nik Nazmi ajak Rafizi berjoging

Menerusi perkongsian di Instagram, beliau secara berseloroh mengajak rakan sejawatnya, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk sama-sama menyertainya berjoging bagi mengecilkan perut.

“Dah banyak masa ni jom misi jogging kecilkan perut,” tulisnya ringkas.

Nik Nazmi beritahu beliau dan Rafizi perlu bersenam

Ujarnya, beliau sengaja ‘menyeru’ bekas Menteri Ekonomi itu memandangkan mereka sama-sama memerlukan senaman ketika ini.

Artikel lain: Kami letak jawatan, bukan khianat parti

Ramai ajak joging sama

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Setiawangsa itu untuk kembali benjalani kehidupan yang sihat.

Kempiskan sikit lagi perut tu YB

Ajak KJ juga kalau boleh

nik nazmi

Sekadar info, Nik Nazmi telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada 17 Jun lalu.

Hal ini susulan kekalahan beliau dalam pemilihan Naib Presiden PKR. Beliau juga tewas kepada Datuk Afdlin Shauki dalam pemilihan  jawatan Ketua Cabang Setiawangsa sebulan sebelum itu.

Sumber: Instagram niknazminikahmad

Scroll to Top