am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Polis Kelantan akan memanggil semula penyanyi dikir barat moden Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail sekiranya perlu.
Sumber berkata, setakat ini keterangan yang diambil semalam lebih tiga jam sudah memadai.
“Namun kita boleh memanggil semula Eda Ezrin untuk diambil keterangan sekiranya perlu,” katanya ringkas.
Terdahulu, Eda Ezrin dan rakannya Nur Aida Mamat, 33, yang dibenarkan pulang ke Kelantan malam tadi selesai memberi keterangan selama lebih tiga jam di Balai Polis Rantau Panjang.
Kedua-dua mereka dilihat keluar dari Balai Polis Rantau Panjang jam 11.30 malam sebelum dibawa pulang oleh keluarga mentuanya.
Media sebelum ini melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat selepas lebih sembilan bulan ditahan.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd