sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Malaya Peter Cklamovski tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa ketika anak buahnya bertubi-tubi melancarkan serangan untuk meraih kemenangan pada perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Cape Verde di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.
Jelas jurulatih berasal dari Australia itu berkata, barisan anak buahnya beraksi dengan baik dengan sentiasa melakukan serangan berbahaya terutamanya ketika memasuki babak kedua perlawanan.
Katanya, keputusan seri terbabit akan menjadi ‘bahan rujukan’ untuk memperbaiki lagi pasukan supaya tampil lebih meyakinkan pada aksi kedua menentang Cape Verde 3 Jun ini dan Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam (20 Jun).
“Seperti sedia yang kita tahu sudah semestinya kecewa tidak menang namun ada perkara positif yang boleh diambil pada perlawanan malam ini.
“Apa yang kamu lihat pada perlawanan malam ini adalah pemain menunjukkan mentaliti tidak mudah mengalah dan pasukan sebenarnya semakin baik. Apa yang berlaku kita ambil positif untuk perbaiki setiap kelemahan,” katanya, dalam sidang media selepas perlawanan persahabatan Tier 1 Malaysia bertemu Cape Verde, sebentar tadi.
Pada sebentar tadi menyaksikan skuad Harimau Malaya membuktikan taring mereka cukup berbisa apabila mengikat pasukan di ranking 72 dunia Cape Verde dalam perlawanan persahabatan Tier 1, sebentar tadi.
Anak buah Cklamovski dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada pihak lawan dengan melakukan serangan berbahaya sehingga tamat perlawanan.
Pasukan lawan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Sidney Cabral seawal minit kesembilan untuk kedudukan 0-1.
Penyerang berbisa negara Paulo Josue yang baru saja dimasukkan pada babak kedua berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 80.
© New Straits Times Press (M) Bhd




