Sufian Suhaimi elak syubhah, tak guna duit muzik untuk makanan anak isteri dan bisnes

Sufian Suhaimi elak syubhah, tak guna duit muzik untuk makanan anak isteri dan bisnes

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui dia mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam menguruskan pendapatan yang diperoleh menerusi nyanyian kerana beranggapan sumber tersebut mempunyai unsur syubhah.

Tak guna duit muzik untuk makanan

Menerusi perkongsian di audio siar YouCast, Sufian atau nama sebenarnya Muhammad Sufian Mohd. Suhaimi, 34, berkata, langkah itu diambil demi memastikan keberkatan dalam kehidupan serta keluarganya sentiasa terpelihara.

Menurutnya, wang hasil kerjaya nyanyian diasingkan sepenuhnya tidak disekalilakn dengan keuntungan yang dijana menerusi perniagaan yang sedang diusahakan.

“Saya asing, tak sekalikan. Saya rasa begitu (syubhah). Duit dari hasil muzik saya tak pernah campur dengan bisnes Baby Pian. Saya takut kalau saya gunakan untuk kehidupan nanti tak berkat,” katanya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Matamu itu menjelaskan bahawa pendapatan daripada aktiviti seni hanya digunakan untuk tujuan tertentu yang tidak melibatkan keperluan asas harian.

“Guna untuk benda-benda tak berkaitan dengan sesuatu yang akan masuk ke dalam badan. Saya guna untuk barang-barang di studio, nak pergi bercuti, tengok wayang dan beli gadget.
“Nak bagi makan anak bini saya tak pakai duit menyanyi. Kahwin pun tak pakai duit menyanyi,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Bakal jadi bapa, Sufian Suhaimi minta henti panggil ‘Baby Pian’ -“Panggil saya Daddy Pian”

Bukan itu sahaja, Sufian juga mengakui bukan mudah untuk menjaga batas pergaulan atau ikhtilat sepanjang bergelar anak seni kerana kebanyakan aktiviti dalam industri hiburan melibatkan pergaulan yang sukar dielakkan.

Justeru, penyanyi itu lebih cenderung menerima undangan persembahan di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana suasananya lebih terkawal dan selesa buat dirinya.

Sumber: TikTok youcastt

Scroll to Top