‘Sugar Mummy’ Tawar RM200,000 Kepada Johan Ghazali, Akaun Bank Terima Transaksi Pelik! | Oh! Media

‘Sugar Mummy’ Tawar RM200,000 Kepada Johan Ghazali, Akaun Bank Terima Transaksi Pelik! | Oh! Media

Sebagai seorang jaguh Muay Thai yang dikenali ramai, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih mesra dipanggil Jojo, sering menjadi perhatian di media sosial.

Apapun, perkongsian Jojo baru-baru ni yang menerima mesej dari seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘mami’ agak menghiburkan ya, kah!

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jojo memaparkan tangkap layar mesej yang diterimanya pada 4 Julai lalu, di mana wanita itu menulis, “Hi, Johan mami nak bayar you 200k (RM200,000).” Johan yang terkejut dengan tawaran tersebut hanya membalas mesej berkenaan baru-baru ini dengan memberikan nombor akaun CIMB.

Namun, tanpa diduga, tindakan itu menyebabkan akaun banknya dihujani transaksi daripada para pengikutnya di Instagram yang kini mencecah lebih 418,000 orang. Rata-rata pengikutnya hanya bergurau dengan memindahkan jumlah wang yang kecil, ada yang serendah satu sen!

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, jumlah paling tinggi yang diterimanya setakat ini adalah RM345.67 daripada seorang lelaki.

Reaksi Johan: Jangan Bagi Duit Lagi!

Johan, yang juga dinobatkan sebagai Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship, enggan membiarkan situasi ini berterusan. Dia dengan tegas meminta agar pengikutnya berhenti mengirim wang kepadanya dan mengatakan bahawa dia hanya mahukan ‘duit sugar mummy’, bukan wang mereka.

Aku nak duit sugar mummy je, tak mahu duit anda. Terima kasih, anda ni pelik-pelik la. Ya Allah sudahlah, pergi bagi kat orang lain.- Tulis Jojo.

Sumbanglah kepada golongan memerlukan…

Walaupun begitu, Johan memanfaatkan situasi ini untuk tujuan yang baik. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Johan menyatakan bahawa semua wang yang diterimanya akibat ‘gurauan’ pengikutnya itu akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan di Kuching, Sarawak.

Aku nak bagi balik duit yang anda semua bagi ni kepada mereka yang memerlukan. Aku tak perlukan duit tu. Kalau ada tempat yang memerlukannya di Kuching (Sarawak) ni beritahu.- Kata Jojo lagi.

#OhmediaNasihat

Buat korang yang suka bergurau di media sosial, berhati-hati ya! Gurauan yang tak terkawal boleh membawa kesan besar, seperti yang berlaku pada Johan.

Lebih baik kita salurkan bantuan kepada yang benar-benar memerlukan daripada buat sesuatu yang akhirnya menyusahkan orang lain. Teruskan sikap baik hati, tapi biar kena pada tempatnya!


Scroll to Top