Suhaimi Saad minta izin nikah lagi, isteri suruh beli mesin basuh dulu

Suhaimi Saad minta izin nikah lagi, isteri suruh beli mesin basuh dulu

Disebbakan kontroversi kahwin dua dan curang dalam kalangan selebriti telah menjadi perbualan, penyanyi nasyid, Suhaimi Saad dilihat turut berseloroh kepada isterinya, Ina Naim dengan meminta izin berkahwin lagi satu.

Menerusi video di TikTok miliknya, Suhaimi telah bertanya kepada Ina sama ada boleh atau tidak jika dia ingin bernikah satu lagi.

@elghoriby

#nikah #mesinbasuh #fypシ

♬ original sound – SUHAIMI SAAD Official – SUHAIMI SAAD Official

Namun, belum sempat dia menghabiskan pertanyaan tersebut, Ina Naim telah memotong percakapannya dengan menyuruh suaminya membeli mesin basuh dahulu sebelum ‘berangan’ untuk menambah ‘cawangan’.

Dalam video selanjutnya, Suhaimi dilihat seolah-olah mengalah dan mengatakan yang akan membeli mesin basuh namun disambut dengan seloroh isterinya yang meminta dua buah peralatan elektrik tersebut.

@elghoriby

#suhaimisaad #inanaim #fypシ

♬ original sound – SUHAIMI SAAD Official – SUHAIMI SAAD Official

Perkongsian tersebut telah mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Kebanyakkan mereka terhibur dengan gurauan penyanyi nasyid yang terkenal dengan keyakinan bahawa ‘bumi berbentuk rata’ itu bersama isterinya.

 

 

Sebelum ini, Suhaimi ada bergurau hal sama iaitu berkenaan kahwin dua ketika isu pengarah tersohor menikah lagi menjadi perbahasan di media sosial.

Terdahulu, penyanyi nasyid  itu pernah menyatakan hidup secara ‘zuhud’ dengan tidak menyediakan peralatan asas seperti mesin basuh serta peti ais di rumahnya.

Walau bagaimanapun, dia menafikan tuduhan ‘mendera’ isteri membasuh baju menggunakan tangan kerana mereka memilih untuk menggunakan perkhidmatan dobi 24 jam.

 

Sumber: TikTok @elghoriby