“Suka hatilah, anak aku!” – Bagi anak hisap ‘vape’, kelakuan ibu bapa ini cetus kemarahan ramai

Baru baru ini, netizen dikejutkan dengan sebuah video tular memperlihatkan seorang bapa memberi anak kecilnya menghisap ‘vape’.

Menerusi video itu, kelihatan seorang budak kecil tidak berbaju sedang menghisap rokok elektronik itu sambil dihulurkan oleh bapanya tanpa rasa bersalah.

Difahamkan lagi melalui percakapan ibunya, sudah 3 kali budak itu melakukannya. Namun, ibu bapanya membiarkan sahaja kelakuan anak mereka.

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @pedoqpop itu dipercayai diambil daripada akaun Instagram ibu kepada budak kecil berkenaan.

Bagaimanapun setelah perkongsiannya ditegur oleh orang ramai, ibunya bertindak ‘menyekolahkan’ netizen dengan memuat naik Insta Story berikut:

“Anak aku, suka hati aku. Aku yang jaga dia bodoh!!” tulisnya ditujukan kepada netizen.

Sementara itu, bapanya sudah meminta maaf dengan memuat naik beberapa ‘posting’ di Facebook dan mengakui perbuatannya itu hanya satu gurauan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa bengang dan marah terhadap tindakan ibu bapa terbabit yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Mana tidaknya, budak kecil belum cukup umur diberi ‘vape’… Tidak masuk akal langsung!

Sumber: Twitter @pedoqpop