MINNEAPOLIS: Pemilihan juri bagi perbicaraan kes bunuh George Floyd, lelaki berkulit hitam yang mendapat liputan meluas dan jutaan orang menonton video kematiannya sukar diadakan.
Seramai 12 juri akan menentukan nasib seorang anggota polis, Derek Chauvin yang menekan lututnya pada leher Floyd, seorang lelaki berkulit hitam berusia 46 tahun selama hampir enam minit.
Pemilihan juri untuk perbicaraan kes bunuh oleh Chauvin, seorang anggota polis veteran yang sudah berkhidmat selama 19 tahun dalam pasukan polis Minneapolis sangat sukar kerana kes itu mendapat publisiti meluas.
“Cabarannya adalah mencari juri yang tidak mempunyai rancangan tindakan, tidak berprasangka terhadap kes ini,” kata David Schultz dari sekolah undang-undang Universiti Hamline.
Rakaman mengejutkan kematian Floyd pada 25 Mei tahun lalu mencetuskan gelombang tunjuk perasaan ekoran tindakan polis terbabit dan ketidakadilan kaum di Amerika Syarikat (AS).
Memetik pra-perbicaraan publisiti, peguambela untuk Chauvin berusaha supaya perbicaraan dipindahkan dari Minneapolis, bandar Minnesota di mana Floyd meninggal dunia. Bagaimanapun, usul itu ditolak.
“Pada asasnya, anda boleh mengetahui sesuatu kes, bahkan anda boleh mendapatkan pandangan mengenai sesuatu kes, tetapi anda mesti dapat mengetepikannya dan bersikap adil serta tidak berat sebelah untuk berkhidmat,” kata Jeffrey Frederick yang banyak menulis mengenai penyelidikan juri.
“Masalah utama sekarang adalah ramai orang yang mempunyai pendapatan mengenai kes ini,” kata Frederick.
Hakim Hennepin County, Peter Cahill, yang mempengerusikan perbicaraan Chauvin menyampaikan nada arahan yang sama kepada setiap calon juri sejak pemilihan bermula Selasa lalu.
“Seperti orang lain, anda pernah melihat sesuatu mengenai kes ini. Bolehkah anda letak ke tepi pandangan tersebut dan menentukan keputusan kes berdasarkan undang-undang dan fakta?,” katanya kepada seorang juri.
Tidak ada calon juri mengatakan mereka boleh.
“Saya fikir saya pasti berharap untuk hasil tertentu. Saya tidak tahu bahawa itu akan berubah,” kata seorang wanita muda yang hanya dikenali sebagai ahli juri nombor 3 ketika disoal oleh hakim.
Kemudian hakim meminta wanita itu pergi.
Selain itu, seorang lelaki berkulit hitam berusia 19 tahun berkata dia memiliki pandangan yang kurang baik terhadap Jabatan Polis Minneapolis dan enggan berkhidmat sebagai juri.
“Ayah berdepan diskriminasi perkauman ketika diminta berhenti di tepi jalan,” katanya
Hanya seorang calon juri setakat ini iaitu seorang lelaki kulit putih berusia 20-an atau 30-an yang mendakwa belum menonton video kematian Floyd.
Lelaki itu mendakwa hanya melihat imej pegun dari video adalah individu pertama yang dipilih sebagai juri dalam kalangan 12 juri dan dua pengganti.
Setiap calon juri perlu menjawab set soalan sebelum dipanggil untuk pemilihan.
Antara soalan yang diajukan adalah adakah mereka sudah menonton video kematian Floyd, sama ada mereka menyertai tunjuk perasan tentang ketidakadilan kaum dan adakah mereka mempunyai interaksi dengan polis.
Selain itu, mereka juga ditanya pandangan mengenai gerakan ‘Black Lives Matter’ dan apakah mereka mempunyai pandangan yang baik atau tidak baik terhadap Chauvin sebagai tertuduh.
Peguam Chauvin dan pendakwa raya memeriksa dengan teliti calon juri dalam proses yang dipanggil menyuarakan kepercayaan dan pengetahuan mereka mengenai kes terbabit.
“Apa yang akan dilakukan oleh peguam adalah mengenalpasti juri yang mungkin berbahaya bagi kes mereka,” kata seorang konsultan juri, Steve Tuller. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd