Sultan Nazrin berkenan buka puasa bersama media, NGO dan pelbagai agensi

Sultan Nazrin berkenan buka puasa bersama media, NGO dan pelbagai agensi

Kuala Kangsar: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama media, badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Mohd Rafiq Mat Razali, Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail serta Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf Zamri Rambli.

Sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, Sultan Nazrin turut berkenan menyertai bacaan tahlil disusuli dengan solat isyak dan tarawih bersama tetamu.

Terdahulu, baginda turut berkenaan menerima zakat perniagaan berjumlah RM5,417,188.56 yang terdiri daripada lapan syarikat korporat dan dua individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR).

​ Penyerahan zakat didahului dengan zakat pendapatan oleh Datuk Abdullah Abdul Mannan berjumlah RM1 juta disusuli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) diwakili Presidennya Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berjumlah RM364,852.56.

​ Seterusnya, zakat perniagaan daripada Belati berjumlah RM380,000, Boustead Plantations Berhad (RM434,000), CelcomDigi Berhad (RM107,000), Johawaki Plantation Sdn Bhd (RM150,800), Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (RM250,000), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (RM200,000) serta TM Technology Services Sdn Bhd (RM230,536).

Turut menyerahkan zakat pendapatan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berjumlah RM2.3 juta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top