Sultan Pahang terkejut & dukacita, 10,600 hektar tanah Raub diceroboh tanam durian

Sultan Pahang terkejut & dukacita, 10,600 hektar tanah Raub diceroboh tanam durian

Sultan Pahang terkejut dan menzahirkan dukacita selepas dimaklumkan sebanyak 10,600 hektar tanah di Raub telah diceroboh  serta ditanam durian secara haram.

Sultan Pahang terkejut

Sultan Pahang terkejut dimaklumkan lebih 10 ribu hektar tanah diceroboh

Memetik laporan dari NST, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akui terkejut besar apabila mendengar taklimat daripada penguat kuasa negeri berhubung tanah di Raub yang diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

“Setelah mendengar taklimat daripada penguat kuasa negeri, saya begitu terkejut dengan angka yang dikeluarkan (iaitu) 26,000 ekar (10,600 hektar) di daerah Raub sahaja dan ini adalah satu angka yang sangat besar,”

Sultan Pahang terkejut

Artikel lain: Azam Baki dedah SPRM ada senarai individu terlibat dalam kes ceroboh tanah di Raub

Sultan Pahang terkejut, titah aktiviti haram tidak boleh diteruskan

Baginda bertitah demikian selepas meninjau kawasan penerokaan durian Musang King di Hutan Simpan Sungai Klau, yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Namun tindakan seterusnya perlu dibuat dan saya harap semua pihak harus bekerjasama kerana kita tidak boleh membiarkan amalan aktiviti haram ini diteruskan,” tegas baginda.

Jangan biar isu ini berlarutan

Jelas baginda lagi, isu pencerobohan tanah tidak boleh dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani secara undang-undang serta teratur.

“Kalau (pencerobohan tanah) ini dibiarkan seolah-olah kita tidak ada pihak penguat kuasa, tidak ada pejabat hutan, tidak ada pejabat tanah, tidak ada pejabat MB (Menteri Besar) dan sebagainya.
“Kita boleh berusaha untuk menoktahkan perkara ini secara berperingkat-peringkat. Tak boleh buat secara mengejut dan sekali gus (kerana) itu mungkin susah sikit,” titah baginda.

Tambah baginda, sesiapa yang ingin memiliki tanah seharusnya melalui permohonan secara rasmi dan mengikut proses yang ditetapkan kerajaan.

Isu ini jelas membuktikan betapa seriusnya pencerobohan tanah di negeri Pahang dan perlu ditangani dengan tindakan tegas demi kelestarian alam serta kedaulatan undang-undang.

Sumber: NST (T.n Alagesh)

Scroll to Top