am@hmetro.com.my
Kuantan: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang melaksanakan solat hajat khas.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini, solat itu bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya segala urusan berkaitan proses keadilan bagi Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipermudahkan serta kebenaran dapat ditegakkan.
“Baginda turut menyampaikan doa agar ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini,” menerusi hantaran itu.
Pda 16 Julai lalu, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi.
Mangsa disahkan meninggal dunia keesokannya selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




