Sultan Pahang Titah Solat Hajat Untuk Zara Qairina

Sultan Pahang Titah Solat Hajat Untuk Zara Qairina

Oh! Negara

Sultan Pahang arah solat hajat seluruh negeri mohon keadilan buat arwah Zara Qairina.


Nampaknya, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri dah titah supaya semua masjid dan surau di negeri baginda mengadakan solat hajat khas.

Tujuannya adalah untuk memohon kepada Allah SWT agar keadilan buat arwah Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, dapat ditegakkan seadil-adilnya.

Arahan ini disampaikan menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad. Baginda berharap agar segala urusan proses keadilan dipermudahkan dan kebenaran dapat didedahkan.

Dalam masa sama, baginda turut menitipkan doa buat keluarga arwah supaya terus kuat, tabah dan sabar dalam menempuh ujian berat ini.

Kubur Zara Qairina digali semula, bedah siasat dilakukan…

Kisah ini makin menyayat hati apabila kubur pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah itu terpaksa digali semula pada Sabtu lalu.

Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat. Selesai semua prosedur, jenazah kembali dikebumikan di tanah perkuburan yang sama, Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang, sekitar jam 1.15 pagi tadi.

Tragedi bermula di asrama…

Kejadian tragis ini berlaku pada 16 Julai lalu, sekitar jam 3 pagi. Arwah ditemui tidak sedarkan diri di kawasan longkang asrama sekolah sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Perkembangan terbaru ini membuatkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dan seluruh negara kini turut sama menantikan keadilan buat arwah Zara.

Pssttt! Ohmedia harap kita semua ambil kisah ini sebagai peringatan untuk lebih prihatin dengan keselamatan anak-anak, terutama bila mereka tinggal di asrama. Dalam masa yang sama, marilah kita sama-sama mendoakan agar kebenaran akan terungkap dan keluarga arwah terus diberi kekuatan.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top