Sultan Selangor arah majlis agama Islam jadi pencelah rayuan kalimah ‘Allah’

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, menjadi kewajipan orang Islam untuk menyekat penggunaan kalimah ‘Allah’, jika terdapat unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadapnya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah mengarahkan majlis agama Islam memohon kepada mahkamah untuk menjadi pencelah dalam rayuan terhadap penghakiman penganut Kristian boleh menggunakan kalimah “Allah” dalam pendidikan dan buku agama mereka.

Sebagai ketua agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin akan tetap mempertahankan kesucian kalimah “Allah”, bahkan menjadi kewajipan bagi orang Islam menyekat penggunaan kalimah itu, jika terdapat unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadapnya.

“Apa gunanya beta menjadi ketua agama Islam Selangor, jika beta gagal untuk menjamin kemuliaan kalimah Allah dan kesucian agama Islam daripada dicemari pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

“Beta sentiasa menekankan agar rakyat beta dapat menghormati kepercayaan agama masing-masing dan tidak cuba menyentuh sensitiviti agama masing-masing yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Selangor ini,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL