Sultan Selangor titah pembinaan rumah ibadat wajib ikut undang-undang, perlu kelulusan sah

Sultan Selangor titah pembinaan rumah ibadat wajib ikut undang-undang, perlu kelulusan sah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah setiap pembangunan rumah ibadat di negeri ini mesti dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa serta tadbir urus yang baik bagi menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama.

Sultan Selangor titah pembangunan perlu ikut undang-undang

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menyatakan, baginda memberi penekanan khusus terhadap pembangunan kuil Hindu supaya ia dilaksanakan secara teratur dari sudut perundangan dan selaras dengan perancangan bandar yang mampan.

“Baginda telah disembah maklum oleh kerajaan negeri berhubung statistik pembinaan kuil Hindu tanpa kebenaran di negeri ini sehingga 31 Januari lalu adalah sebanyak 687 buah kuil.
“Ini membabitkan 388 buah kuil yang dibina di tanah milik Kerajaan dan 299 buah kuil dibina di atas tanah milik persendirian,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, hari ini.

Sultan Seangor sentiasa ambil berat sensitiviti masyarakat

Menurut beliau, jumlah kuil tanpa kebenaran itu adalah tinggi berbanding populasi masyarakat India beragama Hindu di Selangor yang dianggarkan sekitar 11.3 peratus, tidak termasuk kuil-kuil yang telah dibina secara sah dengan kelulusan pihak berkuasa negeri.

“Baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor sentiasa mengambil berat sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama selaras dengan prinsip toleransi yang menjadi teras keharmonian masyarakat di Selangor.
“Sultan Sharafuddin sentiasa menekankan bahawa setiap rumah ibadat perlu dibina berdasarkan permohonan yang dibuat dan mendapat kelulusan sah daripada pihak kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mengikut segala perundangan dan garis panduan yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohamad Munir berkata baginda berpandangan pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan sah, termasuk pencerobohan tanah kerajaan atau persendirian, berpotensi mencetuskan pertelingkahan antara penganut agama serta menimbulkan risiko keselamatan kepada negeri dan negara.

“Kerajaan dan PBT pula diingatkan supaya sentiasa meneliti setiap permohonan pembinaan rumah ibadat agar diproses secara telus, adil dan tersusun tanpa mengetepikan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
“Aspek pemantauan juga perlu sentiasa dilakukan oleh pihak berkuasa agar pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran di tanah-tanah kerajaan dan tanah persendirian dapat dibanteras dan dikawal,” katanya.

sultan selangor

Artikel lain: Sultan Selangor tidak berkenan penternakan khinzir di semua daerah

Terdahulu, pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Februari lalu yang tidak bersetuju dengan pembinaan rumah ibadat tanpa mematuhi peraturan dan undang-undang telah mendapat sokongan penuh Sultan Sharafuddin, selain ditegaskan sekali lagi ketika pertemuan baginda dengan Perdana Menteri, kelmarin.

Sumber: Facebook Selangor Royal Office

Scroll to Top