Suntik Kelainan Menerusi Lagu ‘Pergi Tak Kembali’, Kumpulan Rabbani Pernah Dituduh Melac*rkan Muzik Nasyid?

Suntik Kelainan Menerusi Lagu ‘Pergi Tak Kembali’, Kumpulan Rabbani Pernah Dituduh Melac*rkan Muzik Nasyid?

Pernah berdepan kritikan susulan tindakan berani menyuntik kelainan dalam muzik nasyid menerusi lagu popular mereka berjudul ‘Pergi Tak Kembali’, Kumpulan Rabbani bagaimanapun mengaku gembira kerana matlamat mereka akhirnya tercapai.

Kata Azadan selaku ketua kumpulan, mereka bersyukur, kerana lagu ciptaan kumpulan KRU itu berjaya menarik minat pendengar muda khususnya untuk mendengar lagu-lagu nasyid.

“Ramai yang mendengar lagu ini terkejut kerana ia lain daripada kebanyakan lagu nasyid yang dihasilkan sebelumnya.

“Sebelum itu belum wujud mana-mana lagu nasyid yang muziknya seperti Pergi Tak Kembali.

“Jadi disebabkan lagu itu berbeza, ramai agamawan yang memandang negatif sehingga menuduh Rabbani ‘melacurkan’ muzik nasyid.

“Bagaimanapun, kami (Rabbani) menghadapi serangan-serangan itu dengan tenang sebab kami tahu apa matlamat dan tujuan kami tampil dengan lagu nasyid begitu.

“Jadi, kami gembira meskipun menerima kecaman, kerana matlamat untuk menarik minat pendengar muda mendengarr lagu nasyid tercapai,” katanya.

Azadan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui sempena majlis berbuka puasa dan sidang media Starvendors Mega Raya Fest 2025 di Ruang Rama, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azadan berkata, ‘Pergi Tak Kembali’ yang juga pemenang Album Of The Year di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 2001) adalah naskhah eksperimentasi KRU dimana pihak mereka mahu menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif.

“Sebelum KRU hasilkan Pergi Tak Kembali, mereka terlebih dahulu merujuk lagu kami yang berjudul, Muhammad Ya Habibi. Dan, apa yang menariknya ketika mengahsilakn lagu tersebut, mereka juga tak sangka yang lagu nasyid boleh dihasilkan sebegitu rupa.

“Jadi, KRU terus buat tiga buah demo untuk Pergi Tak Kembali, yang mana setiap satu naskhah tersebut berlainan muziknya.

“Tapi, kami juga ada lakukan penambahbaikan dan minta pandangan ustaz-ustaz kami mengenainya. Alhamdulillah, kami tidak sangka ia boleh menjadi fenomena,” jelasnya.

Scroll to Top