KUALA LUMPUR – Rakan pengedar perintis yang dilantik oleh Zeekr Malaysia, Sunway Marketing Sdn Bhd memperkukuh lagi operasi automotifnya menerusi pelaburan melebihi RM10 juta bagi membangunkan dua fasiliti utama untuk jenama kenderaan elektrik (EV) premium, Zeekr, di Sunway City.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Trading & Manufacturing, Yeoh Yuen Chee berkata, pelaburan itu sejajar dengan strategi jangka panjang syarikat untuk meningkatkan segmen kenderaan tenaga baharu (NEV) yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

Dari kiri: Ketua Kewangan, Perdagangan dan Pembuatan Sunway, Cheah Wan Yee; Ketua Bahagian Automotif, Pemasaran Sunway,Cheah Wan Yee; Country Manager, Zeekr Intelligent Technology (Malaysia),â Tay Ee Ran; Yuen Chee; Pengurus Besar, Zeekr Intelligent Technology (Malaysia),Jason Wang; Pengurus Besar, Sentinel Automotive,â Daniel Lee dan Pengurus Kewangan Sunway Marketing, â Kingsley Tan.
Menurutnya, dua fasiliti baharu tersebut ialah Zeekr Space Sunway City dan Zeekr Sunway Service Centre, masing-masing menumpukan kepada aspek jualan serta perkhidmatan selepas jualan.
âPengenalan Zeekr Sunway sangat bermakna dalam pelbagai aspek kerana ia mewakili satu pencapaian progresif untuk jenama Zeekr di Malaysia dan Sunway City Kuala Lumpur secara keseluruhan.
âPelancaran serentak bilik pameran dan pusat servis ini bukan sekadar peluasan fizikal, tetapi cerminan usaha kami untuk menyampaikan pengalaman pemilikan yang lengkap dan berkualiti tinggi kepada pelanggan Zeekr di Malaysia.
âZeekr Space Sunway City berkeluasan 11,100 kaki persegi dan dibina di atas bekas tapak helipad Sunway City. Ia menawarkan enam ruang pameran model-model seperti Zeekr X dan Zeekr 009, dua ruang penyerahan khas, ruang rehat pelanggan premium, serta kemudahan pengecasan EV,â katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, menurut Yuen Chee, pusat servis yang terletak di Jalan Lagoon Selatan turut dilengkapi peralatan diagnosis terkini, ruang menunggu pelanggan, dan stor alat ganti berskala besar.
Tambahnya, fasiliti seluas 10,000 kaki persegi itu direka bentuk untuk berkembang kepada 20,000 kaki persegi apabila perlu, bagi memenuhi peningkatan permintaan perkhidmatan.
âSunway Marketing yang dilantik sebagai pengedar rasmi Zeekr Malaysia sejak 2024 telah menyerahkan lebih 500 unit kenderaan kepada pelanggan setakat ini,â ujarnya.
Bersempena Majlis Pelancaran Zeekr Malaysia, syarikat itu turut melancarkan kempen cabutan bertuah Win-a-Zeekr dengan menawarkan hadiah utama berupa Zeekr X Premium kepada pelanggan baharu.
Zeekr Space Sunway City dibuka setiap hari untuk pelanggan merasai pengalaman, memandu uji, dan membeli model-model terkini Zeekr yang tersedia di Malaysia.
Waktu operasi adalah dari 9 pagi hingga 7 malam (Isnin hingga Sabtu), dan dari 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad.
Sementara itu, Zeekr Sunway Service Centre beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja, dan dari 9 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu bagi menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang lengkap.