Los Angeles: Bintang Smallville, Tom Welling, 47, ditahan pihak berkuasa di Yreka, California di sini hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Welling yang popular dengan watak Superman atau Clark Kent dalam drama bersiri superhero itu, diberkas awal pagi Isnin dan dibebaskan kira-kira jam 7 pagi dan akan menghadapi pertuduhan memandu dalam keadaan merbahaya menurut Good Morning America.
Difahamkan ketika ditahan, paras alkohol dalam darah Welling berada pada tahap 0.08 peratus melebihi had ditetapkan di California.
Aktor yang turut dikenali menerusi lakonan dalam Judging Amy, Cheaper by the Dozen dan Lucifer dijangka dihadapkan ke mahkamah untuk tuduhan itu pada 11 Mac depan.
Penahanan Welling dipercayai berlaku selepas dia menyambut hari lahir isterinya, Jessica susulan beberapa gambar dan ucapan romantis yang dimuat naik di Instagram.
“Selamat hari lahir kepada bidadari kami yang memenuhi impian dan menjadi sumber inspirasi utama kami. Kami sayang kamu.’ tulisnya.
Pasangan ini berkahwin pada November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata Thomson, 6, dan Rocklin, 3.
© New Straits Times Press (M) Bhd




