'Supertanker' terlanggar periuk api, terbakar di timur selat Hormuz – IRGC

'Supertanker' terlanggar periuk api, terbakar di timur selat Hormuz – IRGC

Istanbul: Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Sabtu melaporkan sebuah kapal tangki minyak “supertanker” terlanggar periuk api di timur Selat Hormuz sehingga mencetuskan letupan dan kebakaran di atas kapal berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

IRGC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kapal tangki itu terlanggar periuk api ketika melalui kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya tidak mendedahkan identiti kapal itu atau memberikan sebarang maklumat mengenai mangsa yang terlibat.

IRGC turut memberi amaran kepada kapal-kapal supaya mengelakkan kawasan berbahaya di selat berkenaan serta menggesa semua kapal yang melalui laluan perairan itu supaya memastikan sistem pengesanan masing-masing sentiasa diaktifkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top