Suria KLCC anjur kempen kesihatan mental

Suria KLCC anjur kempen kesihatan mental

KUALA LUMPUR – Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC menganjurkan kempen kesihatan mental bagi memperkasa kesihatan diri secara holisitk.

Kempen yang berlangsung selama 10 hari mulai 6 Oktober sehingga 15 Oktober dianjurkan berikutan kejayaan kempen kesihatan mental yang diadakan dua tahun sebelum ini.

Seiring dengan tema Federasi Sedunia untuk Kesihatan Mental “Mental Health is a Universal Human Right”, kempen kesihatan mental tahun ini berpaksikan tema penjagaan diri. Slogan ‘Your Mind, Your Journey’, dilihat menitikberatkan aspek penting dalam penjagaan emosi, fizikal dan kesihatan mental secara menyeluruh.

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan diadakan melalui kerjasama rakan kongsi Suria KLCC yang akan diadakan di arena “Centre Court” yang juga berperanan sebagai hub untuk kempen kali ini.

Bagi menjayakan kempen ini, Suria KLCC masih mengekalkan tradisi dengan meneruskan usaha murni ini bersama badan NGO seperti Green Ribbon Group, Malaysian Mental Health Association, Befrienders KL, Mental Illness Awareness Support Association dan juga pelantikan terbaru iaitu Nyawa Organisation.

Hasil jualan ‘Suria Ribbon Pin’ juga dikekalkan sebagai sebagai objektif utama untuk pengumpulandana dan kesemua hasil akan disumbangkan sepenuhnya bagi menjana kejayaan kempen ini. Pin tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan dengan harga RM10.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, “Kempen ini diadakan berbekalkan komitmen yang jitu dalam memperkukuhkan kesedaran kesihatan fizikal dan emosi, malah kesejahteraan sosial yang menyeluruh di dalam komuniti ini.

Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ adalah titik permulaan untuk menyingkap penjagaan dan kesedaran diri. – MalaysiaGazete

Scroll to Top