DESTINASI beli-belah ikonik Malaysia, Suria KLCC kembali dengan kempen cabutan bertuah paling dinanti, The Golden Ticket! edisi keenam yang julung kali menawarkan hadiah utama e-baucar bernilai RM10,000.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, kempen The Golden Ticket! yang berlangsung dari 9 hingga 25 Mei ini terbuka kepada pelanggan yang berbelanja di Suria KLCC.
“Kempen Golden Ticket kini menjadi tradisi tahunan yang dinanti pelanggan setia.
“Tahun ini, kami mengandakan keterujaan semua peserta di mana mereka pasti pulang dengan senyuman,” katanya.
Menurutnya, dengan wajah baru yang penuh warna dan skala yang lebih besar, kempen tahun ini mengubah ruang Centre Court pusat beli-belah itu menjadi taman permainan neon bersaiz sebenar yang diinspirasikan daripada permainan klasik ‘snakes and ladders’ lengkap dengan panel bercahaya dan dadu gergasi.
Pembeli juga boleh menantikan empat jenis tiket menarik yang disediakan iaitu Golden, Ruby, Emerald dan Purple.
Untuk menyertai kempen berkenaan, pelanggan hanya perlu berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khas yang mengambil bahagian.
Setiap pembeli yang layak akan menggolek dadu gergasi dan melangkah ke papan interaktif untuk membolehkan mereka memilih tiket yang tersedia iaitu Purple Ticket (e-baucar bernilai RM50), Emerald Ticket (e-baucar RM100), Ruby Ticket (e-baucar RM5,000) atau Golden Ticket (e-baucar bernilai RM10,000).
Selain itu, pemenang dua kategori tertinggi juga akan dipaparkan di ‘Wall of Winners’ dengan aksi bergaya bersama tiket gergasi dan dadu untuk sesi foto dan video yang akan dipaparkan di skrin berpusing di Centre Court Suria KLCC.
Turut memeriahkan suasana di ruang itu tersedia ‘photo booth’, arked nostalgia, mesin berisi hadiah menarik dan pelbagai aktiviti hujung minggu seperti gula kapas serta ‘neon glow sticks’ untuk semua lapisan usia.
© New Straits Times Press (M) Bhd