Surinam pertaruh reputasi Aron Winter

Surinam pertaruh reputasi Aron Winter

LEGENDA tengah Belanda, Aron Winter dilantik sebagai pengendali baharu Surinam, mengambil alih daripada Stanley Menzo, bekas rakan sepasukannya semasa di Ajax Amsterdam.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Surinam (SVB), tugasan pertama legenda The Oranje berusia 55 tahun itu adalah mempersiapkan skuad A-Selektie yang mantap bagi berdepan Nicaragua dalam perlawanan persahabatan di Almere, Belanda pada 22 September ini.

Untuk rekod, Menzo meletakkan jawatan selepas tujuh bulan mengendalikan pasukan itu apabila menyahut cabaran baharu bersama kelab liga China, Beijing Guoan.

Winter yang pernah menyarung jersi jagoan Serie A Lazio dan Inter Milan, memiliki 84 penampilan bersama The Oranje dilahirkan di Surinam.

Selain itu, beliau mempunyai pengalaman mengendalikan kelab Liga Major Bola Sepak (MLS), Toronto.

Tugasan terakhirnya sebelum ini ialah sebagai pembantu kepada John van’t Schip ketika di Greece.