Susah Nak Percaya Namun Terpaksa… Farah Nabilah Guna Khidmat Pembantu Jaga Anak-Anak Tapi Dipantau Keluarga

Susah Nak Percaya Namun Terpaksa… Farah Nabilah Guna Khidmat Pembantu Jaga Anak-Anak Tapi Dipantau Keluarga

Kembali aktif berlakon, aktres Farah Nabilah terpaksa mengambil khidmat pembantu bagi menjaga anak-anaknya.

Mengaku timbul rasa sangsi, Farah tidak meletakkan kepercayaan sebulatnya kerana pembantu tetap dipantau oleh ahli keluarga yang tinggal di rumah.

“Saya dah lalui banyak sangat pengalaman macam ni. Saya memang ada masalah kepercayaan dengan pembantu rumah. Itu anak kandung kita kan, kalau apa-apa jadi tak boleh patah balik.

“Pembantu tak peduli pun sebab bukan darah daging mereka, anak itu amanah jadi kena jaga betul-betul.

“Anak-anak saya sekarang dijaga oleh keluarga saya, tapi ada pembantu juga. Kena ada yang pantau, tak boleh percayakan sebulat-bulatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Farah turut berkongsi dia trauma dengan kejadian yang berlaku terhadap pempengaruh Dr Say Shazril yang melibatkan pembantu rumah.

Pada 22 November lalu, pendedahan Dr Say berhubung insiden pembantu rumah yang sama membenarkan individu lelaki masuk kedalam rumah pada Julai lepas, telah menggunakan kekerasan terhadap anak keduanya, Zaqriel dikritik ramai.

“Kes Dr Say tu buat saya trauma. Saya nak keluar rumah sekejap depan rumah pun risau, mesti nak balik cepat. Isu pertama dia (Dr Say) pun dah buat saya trauma, kes kali kedua tu lagilah,” katanya kepada XTRA.

Farah berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Farah kini muncul kembali di kaca layar televisyen selepas tiga tahun ‘berehat’ membesarkan anak-anaknya, Andre Omar dan Yusuf Gibran.

Farah kini muncul dalam drama bersiri slot Samarinda TV3 Jadikan Aku BIdadari bersama Nazim Othman, Alya Iman dan Zaefrul Nordin.

Artikel Berkaitan: Dikecam Bagi Muka Pada Pembantu Rumah, Dr Say Mengaku Lalai & B*doh… Tampil Buat Permohonan Maaf Terbuka

Scroll to Top