PETALING JAYA – Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) seorang menteri patah tulang hidung dan pipi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM14.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala Damansara dalam satu kejadian tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ,ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan awal mendapati kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 47 tahun yang memandu kereta jenis Proton X70 tersebut terlanggar sebuah objek besi yang berada di tengah jalan raya itu.
Kejadian itu menyebabkan mangsa hilang kawalan sehingga melanggar penghadang kiri jalan, katanya dalam kenyataan di sini malam ini.