Suspek bunuh bekas ahli pembangkang Kemboja demi balas budi

Suspek bunuh bekas ahli pembangkang Kemboja demi balas budi
Suspek bunuh bekas ahli pembangkang Kemboja demi balas budi

Ekalak Paenoi (tengah) suspek pembunuhan Lim Kimya, diiringi oleh pegawai polis di lapangan terbang Bangkok baru-baru ini. Foto AFP

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand yang didakwa membunuh bekas ahli Parlimen pembangkang Kemboja di Bangkok mendakwa dia melakukan jenayah itu sebagai cara untuk membalas budi kepada seseorang yang pernah membantunya ketika menghadapi masa sukar dalam hidupnya, kata polis kepada AFP pada Ahad.

Ekkalak Paenoi mengaku melakukan jenayah tersebut baru-baru ini dalam satu video siaran langsung selepas didakwa atas pembunuhan terancang dan memiliki senjata api tanpa kebenaran.

Lim Kimya, bekas ahli parlimen Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) yang telah dibubarkan, ditembak mati pada Selasa lalu oleh seorang penunggang motosikal ketika beliau tiba di Bangkok dengan menaiki bas dari Kemboja bersama isterinya.

Ahli-ahli pembangkang Kemboja telah menuduh bekas pemimpin negara itu, Hun Sen, mengarahkan pembunuhan tersebut, walaupun jurucakap kerajaan menafikan sebarang penglibatan rasmi.

Menurut media Thailand, Ekkalak merupakan bekas anggota tentera laut dan ditahan di Kemboja pada Rabu sebelum dihantar pulang ke Thailand.

“Suspek berkata dia melakukan pekerjaan ini untuk membayar hutang budi kepada seseorang yang telah membantunya selepas dia dipecat daripada tentera laut,” kata pegawai kanan polis di Bangkok, Attaporn Wongsiripreeda.- AFP

Scroll to Top