Tular di media sosial semalam seorang eksekutif operasi bank ditemui maut dengan tiga kesan tikaman di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar Kedah.
Terbaru, Harian Metro melaporkan pihak polis telah berjaya menahan anak lelaki sulung mangsa yang disyaki suspek dalam kes pembunuhan ini.
Suspek dalam bas menuju ke Selangor

Suspek yang berusia 28 tahun ditahan ketika sedang menaiki bas persiaran menuju ke Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, tangkapan dibuat sekitar jam 8.34 malam oleh pasukan khas dari IPK Kedah dan IPD Kota Setar di Kilometer 441.5 arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan.
Dia ditahan untuk bantu siasatan kes bunuh wanita berusia 52 tahun.
Semakan mendapati suspek ada satu rekod jenayah sebelum ni, tetapi ujian air kencing menunjukkan suspek negatif dadah.
Direman seminggu untuk bantu siasatan

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 9 Februari depan. Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh kena hukuman mati atau penjara lama beserta sebatan.
PDRM turut memberi amaran supaya orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebar cerita palsu yang boleh mengganggu siasatan.
Pssttt! Bayangkan sendiri, seorang anak sanggup bunuh ibu yang besarkan dia. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau ada ahli keluarga yang nampak tertekan atau murung, jangan ambil ringan. Benda macam ni boleh berlaku tanpa dijangka.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




