Suspek tembak Mohd Fuad Fahmie ditangkap malam tadi

Suspek tembak Mohd Fuad Fahmie ditangkap malam tadi

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Suspek yang dipercayai menembak mati rakyat Malaysia di sebuah rumah di Golok, Thailand, petang kelmarin sudah ditahan pihak berkuasa Thailand.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan malam tadi selepas tampil menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok.

Sumber pasukan keselamatan berkata, semakan pihaknya mendapati suspek mempunyai dua kerakyatan iaitu Thailand dan Malaysia.

“Kita tangkap selepas suspek tampil menyerah diri malam tadi dan mempunyai dua dokumen pengenalan diri,” katanya ketika dihubungi.

Semalam media melaporkan, rakyat Malaysia yang juga peniaga beg dan batu permata maut selepas dipercayai ditembak 18 das oleh dua individu dikenali di rumahnya di Golok.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok jam 9 malam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top