Suspek tembak wanita hamil bersembunyi di Thailand, polis tidak pernah tutup kes

Suspek tembak wanita hamil bersembunyi di Thailand, polis tidak pernah tutup kes

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang diburu sejak tiga tahun lalu berhubung kes wanita hamil ditemui maut dengan kesan tembakan di perut dipercayai melarikan diri ke Thailand selama ini sebelum ditahan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata pihaknya tidak pernah menutup siasatan kes berkenaan.

“Usaha bagi mengesan lelaki berkenaan tetap dijalankan sepanjang tiga tahun dan lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai lari ke Thailand selama ini sehingga gagal dikesan.

“Kita juga tidak pernah menutup kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki yang diburu polis sejak tiga tahun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes wanita hamil tujuh bulan ditemui mati dengan kesan tembakan pada perut di Kampung Repek, di sini, pada Jun 2022, akhirnya ditahan polis.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Bukit Lata, jam 7 malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta Nissan Cefiro miliknya dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.

Berita berkaitan:

‘Syukur orang yang bunuh mummy ditahan’ – Anak mangsa tembak

Doa dimakbulkan, keluarga harap kematian Farah terbela

Suspek kes tembak wanita hamil ditahan selepas 3 tahun diburu

Wanita mengandung ditemukan mati dengan kesan tembakan

Mengucap panjang melihat cucu kaku dalam kereta [METROTV]

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top