nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Seorang wanita dipercayai terbabit dalam kejadian kes simbah asid membabitkan pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lalu, ditahan polis.
Difahamkan, wanita berkenaan ditahan 10 malam tadi di Kuala Krai.
Suspek akan dibawa ke mahkamah Bachok, pagi ini, bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.
Katanya, kenyataan terperinci berhubung kes berkenaan akan diberikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Dalam kejadian Sabtu lalu, pengusaha spa, Nor Faziera Muda, 27, terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam selepas disimbah asid oleh tiga orang berpakaian purdah.
© New Straits Times Press (M) Bhd