SUV Kompak Tapi Lengkap, Mitsubishi Xforce Tampil Dengan Ciri ‘Best-in-Class’ | Branded – Oh! Media

SUV Kompak Tapi Lengkap, Mitsubishi Xforce Tampil Dengan Ciri ‘Best-in-Class’ | Branded – Oh! Media

Mitsubishi Motors Malaysia membuka lembaran 2026 dengan memperkenalkan kehadiran model terbaru, Mitsubishi Xforce. 

Ini merupakan sebuah SUV kompak yang direka untuk gaya hidup moden, menggabungkan prestasi, keselesaan, keselamatan dan didatangkan pada harga berpatutan.

Model ini sesuai untuk mereka yang perlukan kenderaan praktikal untuk harian, dalam masa yang sama tampil dengan rupa, teknologi dan pengalaman pemanduan yang lebih berkelas.

Dari segi kejuruteraan, Xforce dibina dengan legasi lebih 100 tahun teknologi Jepun. Ketepatan pembuatan, ketahanan jangka panjang dan prestasi konsisten menjadi DNA utama. 

Luas, selesa untuk seisi keluarga

Dari segi keselesaan, kabin Xforce sangat luas untuk sebuah SUV kompak. Tempat duduk belakang boleh dilaraskan sehingga 8 tahap, sesuai untuk perjalanan jauh bersama keluarga yang diiktiraf terbaik dalam kelasnya.

Ruang simpanan pula sangat praktikal dengan 23 ruang storan termasuk kotak penyejuk di konsol tengah.

Sistem infotainmen 12.3 inci pula tampil moden dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, lengkap dengan sistem bunyi premium Dynamic Sound oleh Yamaha. 

Untuk keselesaan udara dalam kabin, model ini turut dilengkapi sistem penyaman udara dual zone yang dipadankan dengan Nanoe X dari Panasonic.

4 mod pemanduan

Dari aspek pemanduan, Mitsubishi sememangnya terkenal dengan pengendalian mantap dan kawalan yang stabil. 

Xforce juga antara yang terawal dalam kelasnya menawarkan 4 mod pemanduan: Normal, Wet, Gravel dan Mud. Ini memberi keyakinan lebih sama ada memandu di jalan bandar, hujan lebat, jalan berpasir atau laluan tidak rata. 

Xforce mengekalkan ciri ini dengan sistem Active Yaw Control yang membantu kestabilan ketika mengambil selekoh, serta cengkaman jalan yang lebih meyakinkan dalam pelbagai keadaan.

Ditambah pula dengan jarak kelegaan tanah (ground clearance) setinggi 222mm (terbaik dalam kelas), sesuai untuk pelbagai kondisi jalan di Malaysia.

Ciri praktikal lain termasuk pintu belakang berkuasa dengan fungsi ‘kick motion’, kamera 360 darjah (All-Round Monitor), serta sensor hadapan dan belakang untuk memudahkan parkir.

Dilengkapi aspek keselamatan serba lengkap

Dari aspek keselamatan, Mitsubishi Xforce dilengkapi pakej lengkap Mitsubishi Motors Safety Sensing (ADAS) seperti Forward Collision Mitigation, Adaptive Cruise Control, Lane Change Alert, Rear Cross Traffic Alert, Automatic High Beam dan banyak lagi.

Mitsubishi Xforce ini baru dilancarkan dan kami diberi peluang untuk melihat lebih dekat setiap ciri dan rekaan model ini dalam satu acara di Petaling Jaya, tempoh hari.

Pihak media diberi peluang mendekati dan diberi penerangan serta ciri yang terbina untuk model terbaru ini.

Secara keseluruhan, Mitsubishi Xforce bukan sekadar SUV kompak biasa. Ia membawa gabungan gaya, teknologi, keselesaan dan kejuruteraan Jepun, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan kenderaan serba lengkap untuk gaya hidup moden.

Xforce ini dibuka untuk tempahan dengan 2 varian tersedia iaitu Ultimate dan Urban dengan harga bermula RM110,000. Paling best, model ini juga disediakan dengan waranti 5 tahun tanpa had mileage.

Dapatkan juga promo pra-pelancaran eksklusif dengan rebat tunai sehingga RM5,000 dengan tambahan RM1,000 untuk pemilik Mitsubishi! 

Pemilik model ini juga akan menikmati caj buruh percuma untuk 3 kali selain penyelenggaraan lima tahun hanya pada kos RM3,978.03.

Selain itu, pembeli Xforce juga berpeluang menang sebuah lagi Xforce* dengan menyertai peraduan dianjurkan.

Lawati laman web rasmi untuk maklumat lanjut DI SINI atau boleh juga ke laman kempen. Jangan lupa ikuti Mitsubishi di laman sosial berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia 

Instagram: https://www.instagram.com/mitsubishimotorsmalaysia/ 

TikTok: https://www.tiktok.com/@mitsubishimotorsmalaysia 

YouTube: https://www.youtube.com/@MitsubishiMotorsMalaysia 

author avatar

Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Scroll to Top