Sweet Qismina positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Pelakon Sweet Qismina disahkan positif Covid-19 selepas menjalani swab test semalam.

Dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam, pihak pengurusan Warner Music Malaysia memaklumkan pelakon tersebut kini sedang menjalani kuarintin di Pusat Kuarantin Ipoh.

“Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran filem Tariandi pada 15 April dan berasa tidak sihat pada 16 April dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

“Sweet membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.

“Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh. Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada Covid-19 ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette