Ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq akhirnya berkongsi dirinya bakal melangsungkan pertunangan bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Saddiq atau nama lengkapnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, memuat naik sebuah video memaparkan momen dia melamar Bella ketika mereka berada di Gunung Kinabalu.
Dalam video tersebut juga, Bella kelihatan terharu ketika menerima lamaran Saddiq.
“I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. Allah SWT sebaik-baik perancang,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti meluahkan rasa terharu dan teruja apabila pasangan tersebut bakal melangkah ke fasa lebih serius dalam hubungan mereka.
Sebelum ini, media sosial heboh mengatakan satu majlis istimewa Saddiq dan Bella bakal berlangsung pada Sabtu ini yang bertemakan baju berona kuning.



