Meskipun masih tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai status hubungan pelakon dan penyanyi, Fattah Amin dan Amira Othman, namun perkongsian foto yang tular di TikTok mempamerkan Amira dan ibu Fattah menyorot perhatian ramai.
Menerusi hantaran tersebut, kelihatan ibu Fattah hadir melawat Amira yang kini berada di hospital akibat keracunan makanan sejak Rabu.
Malah, lebih mencuri perhatian apabila foto yang dikongsikan semula oleh peminat itu turut mendapat respons daripada Fattah apabila dia kelihatan turut meninggalkan komen berupa emoji hati berwarna biru.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet berasa teruja dengan perkongsian foto tersebut sekaligus mendoakan agar pasangan ini berjodoh dan menjadi pasangan serasi di dunia dan akhirat.
Sebelum ini, Fattah dan Amira mengejutkan ramai pihak apabila aktor itu bertindak memuat naik foto pelantun lagu Hati-Hati itu bersama enam kuntum bunag tulip dan menggelarkannya sebagai ‘rakan sekerja’.
Malah, adik bongsu kepada Amira iaitu Irfan Haris juga tampil mendedahkan hubungan kakaknya itu dan Fattah.
ARTIKEL BERKAITAN:“Mana Ada Orang Sakit Senyum & Blushing Macam Tu” – Irfan Haris Spill The Tea, Amirah Othman ‘Blushing’ Fattah Amin Lawat Di Hospital
ARTIKEL BERKAITAN:Beri Sejambak Bunga, Fattah Amin Semakin Terbuka Papar Hubungan Mesra Dengan Amira Othman… – “Hint Ke Ni? Faham”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Rossa Bagi ‘Greenlight’ Mahu Nyanyi Di Wedding Fattah Amin & Amira Othman?
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin ‘Blushing’, Gelagat Ibu Cakap Rumah Besan Di Johor Curi Perhatian