Perkongsian suami kepada pempengaruh media sosial, Elcah iaitu Afi Hamri menjadi perhatian apabila mendakwa penyanyi Syada Amzah cuba porak perandakan rumah tangganya dengan isteri.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Afi mendakwa Syada turut pernah mengajak Elcah ke kelab malam untuk ‘tenangkan fikiran’.
BACA: Syada Dah Jumpa Shila Amzah, Tiada Lagi Kemelut Adik-Beradik

“Weh perempuan! Jangan jadi batu api dalam rumah tangga aku. Kau ingat kau superman ke? Kau tak dapat ajak bini aku pergi kelab kau nak buat cerita. Kau nak rosak, kau rosak seorang tak perlu buat cerita siap ajar bini aku tipu aku!,” tulisnya.
Sementara itu, dalam hantaran berkenaan Afi turut memuat naik mesej perbualan dieprcayai Syada bersama isterinya. Dalam mesej tersebut, Syada mengajak Elcah untuk berjumpa dan menceritakan isu kecurangan suaminya.
Dalam pada itu, Afi yang berang dengan tindakan Syada itu menyifatkan penyanyi itu tidak mempunyai kerja sehingga ada masa untuk masuk campur dalam hal rumah tangga orang lain.
Sumber: mStar Online