
Syafiq (depan) menyumbat dua gol ketika membantu JDT membenam Perak 8-1 dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Iskandar Puteri pada Khamis. Foto FB Johor Southern Tigers
PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan kurang minit permainan membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak dua gol di Iskandar Puteri pada malam Khamis.
Ketajaman di depan gawang dibuktikan ketika pemain berusia 28 tahun itu membantu skuad Harimau Selatan membelasah Perak FC 8-1 untuk mara ke pentas final Piala Malaysia dengan agregat 12-2 di Stadium Sultan Ibrahim.
Sentuhannya itu juga mungkin boleh membuka mata ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon untuk menyenaraikannya dalam aksi Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 16 November ini.
Syafiq meluahkan rasa syukur dengan kejayaan itu dan dapat membantu JDT ke pentas akhir untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia 2023.



