Pelakon Syafiq Kyle menjawab mengenai perkongsian isterinya, Mimi Lana yang memohon doa agar dikurniakan cahaya mata kembar.
Memetik mStar Online, Syafiq berkata Mimi sememangnya menyimpan hasrat untuk timang cahaya mata kembar sebelum mereka berkahwin lagi.
BACA: “Zara Patut Masih Hidup” – Mimi Lana Tegas Tuntut Keadilan
“Dia dah lama impikan bayi kembar. Doakan saja untuk dia. Sebelum kahwin lagi dia cakap impian nak dapat anak kembar. Keluarga sebelah saya ada saudara kembar. Saya rasa baguslah dia buat macam itu (kongsi hantaran) supaya orang doa untuk dia,” katanya.
Sementara itu, Syafiq berkata Mimi memuat naik hantaran tersebut bukan saja mahu menyatakan hasrat untuk timang cahaya mata tetapi mahu beri mesej positif kepada pengikutnya.
“Dia cakap sejak kebelanagna ini dia nampak banyak hantaran kebencian dan perkara tidak seronok untuk dilihat. Dia nak buat benda yang positif.Katanya kalau banyak orang berdoa perkara baik lebih termakbul,” katanya.
Sumber: mStar Online




