“Syafiq Nak Sangat Saya Keluarkan Tudung, Mana Tahu Terbuka Hati Pakai Kekal”

“Syafiq Nak Sangat Saya Keluarkan Tudung, Mana Tahu Terbuka Hati Pakai Kekal”

Pelakon Mimi Lana berkongsikan suaminya, aktor Syafiq Kyle menyarankannya untuk menjual tudung sebagai usaha untuk ke arah lebih baik.

Menerusi perkongsian di Threads, Mimi berkata idea asal jenama baju raya mereka adalah untuk mengeluarkan baju Melayu dan tudung.

BACA: Netizen Spekulasi Mimi Lana Hamil? 

Menurut Mimi lagi, Syafiq berkata mungkin dengan menjual tudung menjadi asbab buatnya untuk mula berhijab.

“Sajiwa ini asalnya nak keluarkan baju melayu dan tudung untuk koleksi raya tahun 2022. Syafiq nak sangat saya keluarkan tudung. Katanya boleh mula cuba-cuba jual dulu mana tahu nanti terbuka hati nak pakai kekal. Kain semua dah ada. 

“Tapi takut sebab risau tak kena dengan citarasa orang yang bertudung. Tahun depan saya cuba lagi, mudah-mudahan,” katanya.

Perkongsian Mimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji cara lembut Syafiq Kyle untuk mengajak isterinya ke arah lebih baik.


Scroll to Top